Akulah Pejuang

Artist : AMy Search
Title : Akulah Pejuang

Bintang-bintang berkerlipan
Indah dipandang
Bagaikan kilauan impian
Dimata seorang pejuang

Walau jauh namunkan tetap kelihatan
meruntun hati semangat seorang pejuang
jiwa meronta tanpa merasa ketakutan
akulah pejuang, pejuang impian

pahit maung, jatuh bangun
ku tetap bertahan
biar berpanas dan berhujan
demikian di harapan

(A)
biarpun jauh namun kau tetap aku genggam
tidak kan meruntun semangat untuk ku terus berjuang
jiwa membara tanpa merasa ketakutan
aku lah pejuang, pejuang impian.......

repeat (A)

Thursday, July 31, 2008

Mengapa gambar 5 perdana menteri yang ditonjolkan sangat?

Sempena sambutan 51 tahun kemerdekaan Malaysia, maka lima wajah Perdana Menteri dipaparkan di seluruh negara, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi.

Tetapi ketika negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, majalah-majalah Melayu, antaranya Mastika dan Hiboran memaparkan empat tokoh Melayu yang dianggap pejuang kemerdekaan.

Bukan saja dipaparkan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Tanah Melayu dan Dato Onn Jaafar, pengasas Umno tetapi juga Dr Burhanuddin Al-Helmy, ketika itu Yang di-Pertua PAS dan Ahmad Boestamam, Ketua Umum Partai Rakyat Malaya (PRM).

Semua mereka diiktiraf pejuang kemerdekaan Tanah Melayu. Justeru, sempena Hari Kemerdekaan ke-50, gambar-gambar mereka yang patut dipaparkan, dan bukannya lima perdana menteri. Apa yang hendak diraikan dan diperingati ialah perjuangan kemerdekaan hingga tercapainya matlamat itu 50 tahun lalu, dan bukannya pemerintahan lima perdana menteri itu.

Justeru, PAS dalam menyambut hari kemerdekaan ke-50 itu patut memaparkan gambar Dr Burhanuddin sementara Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang mewarisi perjuangan PRM patut memaparkan wajah Ahmad Boestamam. Sementara Umno pula tidak wajar melupakan Dato Onn.

Bagaimanapun, PAS dan PRM sebenarnya mewarisi perjuangan Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), parti politik Melayu pertama di dunia. Ini mengambil kira bahawa parti-parti di Indonesia bukanlah parti Melayu dalam erti kata bangsa Melayu.

Dr Burhanuddin, bapa pejuang kemerdekaan

Lebih-lebih lagi apabila Dr Burhanuddin menjadi Yang Dipertua PKMM pertama. Maka beliau boleh dianggap sebagai bapa perjuangan kemerdekaan Melayu. Kalau Tunku Abdul Rahman dianggap bapa kemerdekaan kerana berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada Britain, tetapi tokoh yang memimpin perjuangan menuntut kemerdekaan ialah Dr Burhanuddin, lama sebelum Tunku dan Dato Onn melakukannya. PKMM pula ditubuhkan pada 1945, setahun sebelum Umno.

Apabila PKMM lumpuh kerana tangkapan pemimpin-pemimpinnya oleh British, vakum politik inilah diisi Umno. Dr Burhanuddin ditahan di bawah ISA sementera Dato Onn dan Tunku tidak diapa-apakan penjajah.

Setelah pemimpin PKMM dibebaskan, maka usaha dibuat untuk menubuhkan parti penggantinya. Maka PRM ditubuhkan. Dua calon dikemukakan untuk memimpin PRM iaitu Dr Burhanuddin dan Ahmad Boestamam.

Boestamam adalah pemimpin sayap pemuda PKMM bernama Angkatan Pemuda Insaf (API). Beliau kemudian membawa API menjadi pertubuhan berasingan daripada PKMM. Boestamam mengambil jalan radikal dan mengeluarkan "Testamen Politik API" yang menggariskan perjaungan menggunakan senjata bagi usaha menuntut kemerdekaan. Beliaulah orang pertama di Tanah Melayu yang melaungkan perjuangan "Merdeka dengan Darah", lebih awal daripada Parti Komunis Malaya (PKM).

Pihak komunis hanya mengangkat senjata setelah diarahkan Comintern yang beroperasi di Moscow. Penentangan bersenjata PKM lebih kepada memenuhi kepentingan Kesatuan Soviet dalam persaingannya dengan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya. Maka mereka bukanlah merdeka sepenuhnya, berbanding PKMM dan API, walaupun PKMM diasaskan Mokhtaruddin Lasso, seorang yang dipercayai anggota Partai Komunis Indoensia (PKI).

Bagaimanapun PKMM dibentuk mengikut model Parti Nasional Indonesia (PNI) pimpinan Sukarno. Dipercayai oleh ahli sejarawan, tujuan penubuhan PKMM oleh pihak PKI adalah untuk menjadikan sebahagian daripada Barisan Bersatu dengan PKM. Maknanya, kalau di Indonesia, terdapat gabungan antara PNI dan PKI, maka di Tanah Melayu, dipandang pembentukan barisan PKM-PKMM.

API diharamkan

Maka API diharamkan, awal sebelum PKM. Pertubuhan itu menjadi parti pertama diharamkan Britain dan Boestamam ditangkap, awal sebelum komunis-komunis ditangkap.

Sebelum itu, API menyertai pakatan yang diketuai PKMM dalam gabungan Pusat Tenaga Rakyat (Putera). Badan-badan Islam lain yang menyertai Putera ialah Hizbul Muslimin dan Majlis Tertinggi Agama Islam (MATA). Ia menolak gagasan Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union dan masih berbentuk entiti naungan di bawah penjajah. Justeru Putera menuntut kemerdekaan penuh Tanah Melayu, awal sebelum Umno.

Dengan memimpin Putera, Dr Burhanuddin wajar dihargai sebagai bapa perjuangan kemerdekaan. Ketika Dato Onn menggemblengkan persatuan-persatuan Melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946, PKMM turut serta. Dato Onn belum lagi menyebut tentang kemerdekaan. Ia hanya mahu mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu ke atas negeri-negeri Melayu.

Mulanya PKMM tidak menyokong usaha Dato' Onn kerana disifatkan sebagai gerakan reaksioner yang mahu mengekalkan feudalisme dan tidak progresif. Pada awalnya PKMM menyokong Malayan Union yang disangka sebagai langkah progresif untuk membawa Tanah Melayu menjadi negara demokratik, dengan tapak awal bagi mencapai kemerdekaan. Tetapi apabila terbukti Britain mahu menjadikan Malayan sebagai koloni kekalnya, PKMM menyertai Umno.

Umno hanya laung Hidup Melayu! bukan Merdeka!

Dalam Umno, PKMM menjadi satu-satunya parti politik, dan ia merupakan parti politik terbesar Melayu ketika itu. Apabila melihat Umno melaungkan "Hidup Melayu!" dan bukannya "Merdeka!" sementara perjuangan Dato Onn dalam membentuk Persekutuan Tanah Melayu bukannya kemerdekaan penuh, maka PKMM mengambil keputusan keluar Umno.

Pertikaian rasmi adalah mengenai bendera. PKMM mencadangkan bendera Sang Saka merah-putih sama seperti di Indonesia sebagai bendera Umno untuk melambangkan perjuangan kemerdekaan umat Melayu Nusantara. Tetapi Umno walaupun memilih juga merah putih mahukan ditampal dengan warna kuning dan keris hijau. Bagi PKMM tampalan kuning dan keris itu melambangkan feudalisme dan reaksioner, berbentuk tradisional; sedangkan mereka mahukan pertubuhan yang progresif. Ada dua lagi pertubuhan Melayu dalam Umno yang memihak kepada PKMM.

Akhirnya sejarah menunjukkan semua tiga parti utama Melayu menggunakan merah putih sebagai latar bendera mereka. Umno dengan Sang Saka Bangsanya, PRM dengan lambang banteng di tengah-tengah merah putih. Lambang sama turut digunakan Partai Rakyat Singapura (PRS) dan Partai Rakyat Brunei (PRB). Banteng atau kerbau jantan adalah lambang rakyat marhaen. Ia juga lambang PNI dan kini menjadi lambang Partai Demokrasi Indonesia (PDI) pimpinan Megawati Sukarnoputri.

PAS juga mempunyai bendera merah putih dengan bulan purnama berwarna hijau di penjurunya.

Apabila berlaku krisisi antara Dato Onn dan ahli-ahli Umno yang mana beliau mahu membuka parti itu kepada bukan Melayu, Badan Ulama Umno memihak kepada Datuk Onn. Kerana tidak bersetuju dengan Umno, sayap ulama Umno ini keluar parti dan menjadikannya Persatuan Islam Seluruh Tanah Melayu. Ia kemudian menjadi PAS. Sehingga hari ini Umno tidak memiliki sayap ulama.

Setelah krisis dengan Dato Onn berakhir, pemimpinnya kembali kepada Umno dan PAS ketiadaan pemimpin. Dalam keadaan tiada pemimpin ini, Dr Burhanuddin diundang menjadi Yang Dipertua PAS. Antara PAS dan PRM, Burhanuddin memilih PAS selepas rundingan dengan Boestamam yang kemudian mengetuai PRM. Boestamam mengisytiharkan PRM dan PAS terus menjadi sekutu selagi kedua-duanya bersikap progresif. Sepanjang kepimpinan Dr Burhanuddin dan Boestamam, kedua-dua parti adalah sekutu.

Hanya semasa PAS di bawah Dato' Asri dan PRM menjadi Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) pimpinan Kassim Ahmad kedua-dua parti tidak sama pandang. PAS dilihat menjadi parti konservatif sementara PSRM dipandang parti sekular kiri. Apabila Tun Razak mempelawa menyertai BN, hanya PAS menerimanya.

Bagaimanapun hubungan PAS dan PRM menjadi lebih baik apabila PAS keluar BN. Ketika berdepan dengan Dr Mahathir, PAS bersekutu dengan PRM, baik dalam Harakah Keadilan Rakyat (HAK) pada 1986, mahupun dalam Angkatan Perpaduan Ummah � Gagasan Rakyat pada tahun 1990 dan Barisan Alternatif pada 1999.

Dengan Dr Burhanuddin memimpin PAS, maka bekas pejuang Hizbul Muslimin, MATA dan PKMM yang cenderung kepada agama menyertai PAS. Maka PAS menjadi besar dan pewaris kepada PKMM. Sementara mereka yang cenderung kepada sekular kiri menyertai PRM.

PRM mempunyai gagasan negara yang luas dan progresif. Fahamannya bukan saja terhad di Tanah Melayu tetapi turut tersebar di tanah-tanah jajahan Britain di Asia Tenggara yang lain, iaitu Singapura dan Brunei. Di Singapura, PRS dipimpin Said Zahari, bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu. Di Brunei, PRB diketuai Azahari. PRB mempunyai cita-cita menyatukan Sarawak , Brunei dan Sabah dalam satu entiti bernama Kalimantan Utara. Lalu dicadangkan penubuhan Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU).

negara Islam progresif

Sememangnya Sukarno melihat Kalimantan Utara ini sebagai wilayah yang boleh menjadi sebahagian Indonesia. Tetapi gagasan Malaysia yang tidak disebut namanya sedemikian berada dalam cita-cita PRM-PRS-PRB. Ia juga kesinambungan cita-cita asal PKMM dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang mahu menyatukan semua negeri-negeri Melayu.

PAS di bawah Dr Burhanuddin merupakan lanjutan perjuangan menegakkan negara Islam yang progresif di rantau ini. Bagi penyokong-penyokongnya, perjuangan PAS merupakan lanjutan perjuangan ulama terdahulu di Nusantara. Parti politik pertama di Nusantara ialah Sarekat Islam (SI) yang ditubuhkan di tanah jajahan Belanda di Hindia Timur Belanda.

Sarekat Islam ini berpecah dua, iaitu Sarekat Islam Merah dan Sarekat Islam Putih. Yang merah inilah menjadi PKI. Sementara yang putih atau hijau menjadi Majlis Syura Muslimin Indoneisa (Masyumi). Daripada fahaman politik kenegaraan islam yang dipupuk Masyumi ini mempengaruhi Hizbul Muslimin Perak, MATA dan PKMM sendiri. Ia dijelmakan oleh Dr Burhanuddin ke dalam PAS. Sesungguhnya beliau bukan saja bapa perjuangan Islam Malaya tetapi juga bapa perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. _


Pastikan anak-anak warisi perjuangan PAS

�Anakku Ahli PAS�, itulah keazaman yang sepatutnya ada pada setiap ahli PAS sama ada ahli biasa atau pimpinan pelbagai peringkat. Keazaman ini mesti ada dalam sanubari jiwa ahli PAS jika kita mahu melihat PAS terus berkembang.

Sirah Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan baginda menitik-beratkan mereka yang hampir, daripada segi kekeluargaan dan rakan yang akrab. Maka baginda sendiri menyampaikan seruan Islam pada isterinya Khadijah, Ali sepupunya, Abu Bakar, Zaid bin Harithah.

Sebagai ahli PAS, kita mesti pastikan orang yang paling dekat dengan kita, misalnya anak dan isteri, yang perlu diajak kerana merekalah warisan perjuangan apabila kita menemui Allah nanti.

Kita minta Allah jauhkan anak-anak kita terlibat dengan Umno khususnya dan menentang perjuangan PAS.

Kalau tiada usaha dilakukan, tidak mustahil anak-anak kita akan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam.

Dalam suasana kebejatan moral dan heboh gerakan memurtadkan orang Islam, apa jaminan anak ahli-ahli PAS tidak terlibat dengan lembah kedurjanaan ini? Maka usaha mendidik dan mencegah perlu dilakukan dengan sikap proaktif ibu bapa.

Justeru, penerusan perjuangan adalah satu kemestian. Setiap bapa mesti memastikan anaknya juga menjadi ahli PAS kerana ia adalah kelangsungan dan penerus perjuangan PAS masa depan. Amat malang jika anak ahli-ahli PAS atau pimpinan PAS tidak meneruskan daya usaha yang dilakukan bapanya.

Jangan pula anak-anak ini terlibat aliran baru iaitu pemikiran Ummah Centrik dan Tunas Tajdid yang kononnya kerja-kerja Islam tidak perlu berjamaah. Dakwa mereka, tidak ada hadis yang mengarahkan untuk kita berjamaah dalam berdakwah dan berjuang.

Mereka mencari hujah untuk orang menjauhkan diri daripada berjuang dalam PAS dan menimbulkan keraguan dengan tulisan dan ceramah yang penuh dengan �nota kaki�.

Sebaliknya tidak mencari hujah supaya masyarakat menjauhkan diri daripada pelbagai khurafat yang dibawa Umno.

Kita tidak mahu anak ahli-ahli PAS terutama di pusat pengajian tinggi terpengaruh dengan pemikiran baru ini. Akhirnya, ia merugikan daripada segi perkaderan PAS pada masa akan datang kerana anak anggota jamaah sendiri tidak mahu menyertai dan aktif dengan PAS.

Dan Umno tersenyum lebar tidak perlu bersusah payah berusaha melumpuhkan PAS kerana ada pihak lain melakukan untuk mereka.

Berikut antara usaha yang mesti dilakukan setiap ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi anggota PAS:

1. Isikan borang ahli PAS apabila sudah akil baligh. Harus disuntik untuk berasa bangga menjadi ahli PAS selain mengelak daripada terjebak mengikuti Putera dan Puteri Umno. Insya-Allah apabila anak kita sudah menjadi ahli PAS, ia akan terselamat daripada perangkap mereka yang sentiasa menahan jerat di pergentingan.

2. Mesti diperingatkan anak-anak kita, jangan mengikut Putera dan Puteri Umno di mana sahaja mereka berada. Jangan sesekali bersekongkol atau berjinak-jinak dengan program mereka kerana ia memberi kesan negatif kepada perjuangan kita. Berapa ramai anak-anak orang PAS yang menentang arus perjuangan bapa mereka apabila mendekati dengan program Umno.

Buktinya, program Mat Rempit Putera Umno pada 9-10 September 2006. Seramai 7,000 peserta termasuk 350 perempuan mengikutinya, dan ada yang melakukan perbuatan yang memalukan, seperti minum arak, bersekedudukan, terjun dalam kolam tempat wuduk Masjid Teluk Muroh, Teluk Batik ketika bergotong royong di masjid. Ini diakui Pegawai Bahagian Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Manjung. (Berita Harian, 13 September 2006)

3. Wujudkan unit usrah remaja di cawangan yang melibatkan anak-anak orang PAS dengan naqibnya juga daripada remaja sebaya. Jangan pilih naqib orang-orang tua yang tidak memahami jiwa remaja. Kalau boleh, bermula sekolah rendah mereka dididik supaya membiasakan dengan program jamaah dan tidak kekok apabila dewasa nanti.

4. Mentarbiah anak menagih pengorbanan masa, tenaga, harta dan nyawa. Kita tidak mahu membiarkan anak-anak tidak memahami nilai perjuangan PAS. Kita bimbang mereka mungkin menyesal kerana menjadi anak aktivis PAS. Takut mereka tidak bersedia susah sepertimana bapa mereka dahulu. Akhirnya luputlah warisan perjuangan kita.

5. Menanamkan semangat bahawa ganjaran perjuangan Islam amat besar. Tegaskan bahawa perjuangan Islam tidak akan merugikan, sama ada di dunia dan mahupun akhirat. Berikan motivasi bahawa perjuangan yang kita lalui adalah tugas mulia para Rasul terdahulu.

6. Memastikan anak-anak mengikuti program keremajaan anjuran Unit Amal dan Nisa�. Program sedia ada dalam kerangka manhaj PAS mesti dimanfaatkan sepenuhnya. Jangan dipersiakan usia mereka dengan terlibat dalam program tidak berfaedah. Biarkan usia remaja mereka dimanfaatkan dengan organisasi PAS bagi membentuk akhlak mulia dan bersedia mewarisi perjuangan.

7. Apabila anak-anak mengikuti aktiviti PAS mereka akan dibimbing rakan sebaya terutama di IPT. Namun suasana di IPT, misalnya soal berpakaian, kembali kepada era 1970-an. Agak kurang siswi berjubah dan bertudung labuh, tidak sepertimana awal 1980-an apabila pakaian menutup aurat meluas termasuk mereka yang menyokong Umno di kampus kerana terpaksa mengikut arus.

Kini suasana berpakaian menyakitkan mata, ditambah tekanan dan momokan pegawai universiti yang menjadi kuda tunggangan Umno; pelajar bersyaksiah Islam dan aktif dengan Persatuan Mahasiswa Islam dipandang serong. Dasar sekular menyebabkan akhlak mahasiswa semakin parah.

Insya-Allah apabila anak-anak menyertai perjuangan PAS, kita berasa selamat kerana mereka akan dipantau pelajar senior yang boleh dipertanggungjawabkan. Mereka akan menunjuk ajar apabila anak kita berkelakuan tidak senonoh dan mencegah daripada terjebak dalam gerakan memurtadkan orang Islam yang kini menular ke kampus.

Ustaz Idris adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat - mr

sumber:HarakahDaily

Tuesday, July 29, 2008

Akulah Pejuang

Artist : AMy Search
Title : Akulah Pejuang


Bintang-bintang berkerlipan
Indah dipandang
Bagaikan kilauan impian
Dimata seorang pejuang

Walau jauh namunkan tetap kelihatan
meruntun hati semangat seorang pejuang
jiwa meronta tanpa merasa ketakutan
akulah pejuang, pejuang impian

pahit maung, jatuh bangun
ku tetap bertahan
biar berpanas dan berhujan
demikian di harapan

(A)
biarpun jauh namun kau tetap aku genggam
tidak kan meruntun semangat untuk ku terus berjuang
jiwa membara tanpa merasa ketakutan
aku lah pejuang, pejuang impian.......
Publish Post
repeat (A)

Al-Qaeda chemical expert believed killed in Pakistan: officials

PESHAWAR, Pakistan (AFP) - Al-Qaeda's top expert on chemical and biological weapons is believed to have been killed Monday in a suspected US missile strike in Pakistan's lawless tribal areas, security officials said.

Egyptian militant Midhat Mursi al-Sayid Umar, also known as Abu Khabab al-Masri, had a five-million-dollar bounty on his head and allegedly trained hundreds of extremists at camps in the Pakistan-Afghanistan border region.

Officials earlier said that three Arab militants and three Pakistani boys were killed when missiles fired by a suspected US drone hit a house attached to a mosque in the South Waziristan tribal district.

"We believe he was killed in this strike," a senior intelligence official based in the northwestern city of Peshawar told AFP on condition of anonymity. "It was his hideout and information that has been shared with us says he was targeted in this strike."

There was no immediate confirmation from the US-led coalition in Afghanistan or from Washington. Umar's wife and children were believed to have been injured in the attack, Pakistani officials said. Residents said the victims of the missile strike were hastily buried in the hours after the attack.

Pakistan's military said it was still seeking confirmation. Claims that Umar was killed in another air strike in the Bajaur tribal region in January 2006 turned out to be untrue.

"We have not yet received any authentic information from the area from our teams," Pakistani military spokesman Major General Athar Abbas told AFP.

Pakistani officials said Umar had given explosives training to a generation of militants, including British "shoe bomber" Richard Reid, who tried to blow up a transatlantic jet in December 2001.

Umar was a trainer at Al-Qaeda's Derunta camp in Afghanistan in the 1990s "where he provided hundreds of mujahedin with hands-on training in the use of poisons and explosives," according to the website of the US Government Rewards for Justice programme.

"Since 1999, he has distributed training manuals that contain instructions for making chemical and biological weapons. Some of these training manuals were recovered by US forces in Afghanistan," it said.

Residents in South Waziristan said they heard US aircraft and pilotless Predator drones flying above the area before and after the strike, adding that there had been alarm over similar flights throughout the weekend.

A group of Arabs, believed to be Egyptians, had rented a compound containing the house and a madrassa from a local tribesman, Malik Salat, residents said. "This (the attack) has been done by coalition forces, we did not do it," another Pakistani security official said on condition of anonymity.

Both the US-led coalition and a separate NATO force in Afghanistan said they were not involved in the missile strike. However, the US Central Intelligence Agency is also known to operate drones in the region.

Pakistan has protested over a wave of missile strikes attributed to US-led forces in Afghanistan in recent months that have killed dozens of local people. A missile strike in January believed to have been carried out by the US killed Abu Laith al-Libi, a senior Al-Qaeda commander.

The latest attack took place hours before talks between US President George W. Bush and Pakistani Prime Minister Yousuf Raza Gilani at the White House that focused on Islamabad's commitment to the "war on terror."

Gilani said after the talks at the White House that Pakistan was "committed to fight against those extremists and terrorists who are destroying and making the world not safe."

Pakistan's fledgling government caused concern in Washington by launching talks with Taliban militants shortly after defeating political allies of US-backed President Pervez Musharraf in elections in February.
© AFP 2008


© Bernama.com