Akulah Pejuang

Artist : AMy Search
Title : Akulah Pejuang

Bintang-bintang berkerlipan
Indah dipandang
Bagaikan kilauan impian
Dimata seorang pejuang

Walau jauh namunkan tetap kelihatan
meruntun hati semangat seorang pejuang
jiwa meronta tanpa merasa ketakutan
akulah pejuang, pejuang impian

pahit maung, jatuh bangun
ku tetap bertahan
biar berpanas dan berhujan
demikian di harapan

(A)
biarpun jauh namun kau tetap aku genggam
tidak kan meruntun semangat untuk ku terus berjuang
jiwa membara tanpa merasa ketakutan
aku lah pejuang, pejuang impian.......

repeat (A)

Saturday, September 20, 2008

Kickdefella dibebaskan!

-Penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) dibebaskan hari ini selepas ditahan polis untuk siasatan selama dua hari oleh Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID).

Malaysiakini melaporkan, beliau dibebaskan pada jam 1 tengahari tadi. Semalam, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan beliau direman sehingga 5 petang ini.

Sebaik sahaja dibebaskan, beliau memberi keterangan pula kepada pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau disambut oleh anggota keluarganya serta rakan-rakan apabila keluar dari pejabat CCID pada kira-kira jam 4 petang.

Syed Azidi, 38, pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan, ditahan di rumahnya di Demit, Kota Bharu mengikut Akta Hasutan pada 17 September.

Beliau disiasat kerana didakwa menyiarkan bahan berunsur hasutan di blognya, Kickdefella, membabitkan kempen memasang Jalur Gemilang secara terbalik semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan bulan lalu. -

--Harakah

Kes RM60 juta: MB Pahang wajar letak jawatan

KUANTAN, 21 Sept (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pahang menyifatkan keangkuhan Menteri Besar menjadi punca kerajaan negeri terpaksa membayar berganda (RM60 juta) kepada Syarikat Pembalakan Seruan Gemiliang Makmur (SGM) atas arahan mahkamah dan wajar bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan.

Ketuanya Suhaimi Md Saad berkata,sikap 'bodoh sombong' pemimpin berkenaan yang enggan berunding serta memperlekehkan SGM akhirnya membawa padah kepada kerajaan dan rakyat.

ImageDifahamkan SGM tidak berkeras untuk menyelesaikan masalahnya dengan kerajaan negeri malah syarikat itu telah beberapa kali memohon untuk mengadakan perbincangan tetapi tidak mendapat layanan, membawa kes ke mahkamah adalah tindakan terakhir yang diambil syarikat itu setelah semua usaha untuk mengadakan rundingan gagal.

Kerajaan negeri, pada awal kes berkenaan dibicarakan di mahkamah langsung tidak menghantar peguamnya sehinggalah kerajaan negeri terdesak.

Suhaimi berkata, tindak tanduk Menteri Besar dalam mengendalikan kes berkenaan jelas sekali tidak bijak dan angkuh yang akhirnya membawa padah kepada kerajaan negeri.

"Mungkin pemimpin berkenaan menyangka tiada apa yang boleh dilakukan terhadapnya kerajaan yang berkuasa, sedangkan tindakanya jelas merugikan rakyat," katanya.

Mahkamah Persekutuan baru-baru ini menolak permohonan kerajaan negeri Pahang dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri (defenden) untuk membenarkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang mengarahkan defenden membayar RM37 juta kepada SGM.

SGM memfailkan saman terhadap defenden bersabit satu kawasan pembalakan di atas tanah milik Umno, di mukim Bebar, Pekan.

Suhaimi berkata, sepatutnya pemimpin berkenaan segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar kerana bertanggungjawab di atas kes berkaitan.

"Melihat kepada cara pemimpin berkenaan mengendalikan isu saman SGM jelas beliau tidak mempunyai kelayakan sewajarnya untuk terus memimpin negeri Pahang.

"Semua pihak di dalam Umno wajar mendesak supaya menteri besar berkenaan diganti segera demi memulihkan imej kerajaan negeri," katanya.

Sementara itu, Pengarah SGM, Syed Ali Badruddin Othman berkata, pihaknya sedang mengkaji untuk mengemukakan saman kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri kerana gagal menjelaskan bayaran sebagaimana telah diputuskan oleh Mahkamah.

Katanya, sehingga kini pihaknya tidak menerima apa-apa 'respon' daripada kerajaan negeri sama ada dalam bentuk bayaran atau memanggilnya untuk berunding mengenai cara-cara pembayaran.

Difaham tempoh kerajaan negeri menyelesaikan pembayaran kepada SGM telah luput pada 6 April lalu. -

Monday, September 15, 2008

Majoriti cukup untuk tubuh kerajaan - Anwar

Pakatan Rakyat memiliki jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.

Menurut Penasihat Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, majoriti yang ada ketika ini sudah dapat menubuhkan kerajaan baru.

Tambahnya, semalam pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 15,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya di sini semalam, tidak memberitahu nama-nama mereka yang terlibat.

Menurut Bernama, Anwar mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai peralihan kuasa.

Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan.

"Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung PAS,Dato' Kamaruddin Jaafar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden KeADILan, Mohd Azmin Ali. - mks.

(Bagi pembaca yang ingin menghulur bantuan, untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan termasuk keluarga mangsa ISA, sempena Ramadan ini, sila hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.)

--HarakahDaily

Wednesday, September 10, 2008

16 September - Sukar BN untuk gagalkan - Anwar

Barisan Nasional (BN) sukar untuk menggagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat dalam situasi negara ketika ini.

Demikian kata Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.

Sebelum itu beliau menjelaskan sebagaimana yang dilaporkan Mstar Online bahawa, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

"Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.

"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," jelas beliau.

ImageAnwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.

Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar setakat ini.

Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti KeADILan, PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.

"Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September," katanya.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.

Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi.

"Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan 'menghayati Ramadan' di Taiwan kita perlu tunggu dahulu," katanya.

Menurut beliau lagi, ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN.

"Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita," katanya.

--Harakah