Akulah Pejuang

Artist : AMy Search
Title : Akulah Pejuang

Bintang-bintang berkerlipan
Indah dipandang
Bagaikan kilauan impian
Dimata seorang pejuang

Walau jauh namunkan tetap kelihatan
meruntun hati semangat seorang pejuang
jiwa meronta tanpa merasa ketakutan
akulah pejuang, pejuang impian

pahit maung, jatuh bangun
ku tetap bertahan
biar berpanas dan berhujan
demikian di harapan

(A)
biarpun jauh namun kau tetap aku genggam
tidak kan meruntun semangat untuk ku terus berjuang
jiwa membara tanpa merasa ketakutan
aku lah pejuang, pejuang impian.......

repeat (A)

Wednesday, October 15, 2008

Perpaduan Tetap Gagal Dari Pencetus Perpecahan

Nampaknya krisis dan perpecahan dikalangan masyarakat kita semakin serius. Tidak perlu disebut kesnya satu persatu, cukup sekadar melihat kepada situasi banyaknya pihak yang mengajak kepada perpaduan. Lojiknya kalau masyarakat sudah bersatu padu, apa perlunya laungan perpaduan bergema disana sini? Malah yang malangnya, pencetus krisis dan perpecahan turut lantang melaungkan seruan perpaduan.

Krisis, permusuhan, sengketa, perpecahan, bahkan peperangan biasanya berpunca dari kalangan orang politik, samada orang politik berparti mahu pun orang yang memiliki political minded, diantaranya:

1. Melalui kata-kata atau lisanul maqal. Contohnya menuduh, mengugut, memfitnah, mengadu domba, menghasut, mengumpat, mengutuk, mencerca, mencaci maki dan seumpamanya. Pihak yang kena akan cuba membela diri dengan cara yang sama. Akibatnya timbul kebencian antara satu sama lain.

2. Melalui sikap atau tindak tanduk atau lisannul hal. Seperti kronisma, double standard, bias atau berat sebelah, prejudis, ego, sombong, zalim dan menindas. ekploitasi, diskriminasi dan sebagainya. Kesan dari lisanul hal ini lebih berat kerana pihak yang kena akan memendam rasa dan bila-bila masa akan bertindak balas dengan cara sikap juga. Sukar untuk dipulihkan kerana sikap dendam amat payah untuk dipadamkan.

3. Gabungan kedua-dua cara diatas yakni lisanul maqal dan lisanul hal. Inilah yang paling berat dan sukar untuk diatasi. Boleh membawa kesan hingga keperingkat berbunuhan antara dua orang, dua pihak dan dua negara.

Biar dari bentuk mana sekali pun apa yang jelas,krisis dan perpecahan datangnya dari satu faktor saja iaitu cinta dunia. Orang yang cinta dunia sanggup berbuat apa saja hatta membunuh keluarga sendiri. Demi mencapai matlamat duniawi,manusia sanggup menjadikan kawan kawan sebagai musuh dan sebaliknya. Apa saja yang dilakukan semuanya menjurus kepada mencapai cita-cita dan memenuhi kehendak duniawi. Tiada keikhlasan, sebaliknya yang subur ialah kepentingan.

Cintakan Tuhan membawa kasih sayang yang suci murni. Hidup berkasih sayang akan membawa perpaduan yang sejati serta utuh. Kemuncaknya sanggup korbankan nyawa demi orang lain kerana Tuhan. Kasih sayang juga amat mudah dapat dicetuskan apabila adanya pemimpin kasih sayang yang juga selaku pengikat antara hati manusia.

Kasih sayang amat mudah disebut, namun memenuhi ciri-ciri kasih sayang itu tidak mudah. Sebab itu kasih sayang juga sukar terjadi, akibatnya perpaduan juga sukar berlaku. Diantara ciri2 kasih sayang:

1. Lemah lembut dalam sikap dan kata-kata.

2. Mudah mesra dan mudah dimesrai.

3. Rasa bersama dan sangat bekerjasama.

4. Prihatin dan sangat peka terhadap hal ehwal orang lain.

5. Sangat saling menyelamat, membela dan menghiburkan.

6. Mudah berpakat dan bermufakat serta mudah seia sekata.

7. Sangat berlapang dada dan bertoleransi dalam perkara yang dibolehkan.

8. Saling mengenang budi dan jasa.

9. Masing-masing sangat mengorbankan perasaan.

10. Sangat pemaaf.

11. Saling doa mendoa.

Tuesday, October 7, 2008

Wajah Tok Janggut - Pejuang Fisabilillah




Pada 29 April 1915, satu pasukan polis diketuai oleh Sarjan Che Wan bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Tok janggut.

Pergaduhan kecil berlaku di mana Sarjan Che Wan telah terbunuh. Arahan menangkap Tok Janggut dibuat oleh Encik Latiff.

Tok Janggut kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu.

Perintah menangkap Tok Janggut dikeluarkan.

Bantuan tentera dari Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu tiba, dan pada 6 Mei 1915 berlepas ke Pasir Puteh, Toas Tok Janggut dilancarkan pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Di Kampung Pupuhlah Tok Janggut terbunuh dan mayatnya di bawa ke Kota Bharu. Setelah digantung beberapa hari, di Padang Bank (Padang Merdeka) mayatnya dikebumikan di Pasir pekan..

tok janggut adalah antara pejuang yg menentang british secara terang terangan...beliau mendapat pendidikan di makkah... pandai bersilat..

mempunyai kesedaran yg tinggi terhadap bhaya penjajahan inggeris, perjuangannya dipernagruhi oleh khalifah uthmaniah, dimana tok janggut dikatakan adalah ejen bagi pihak khalifah uthmaniah yang sememangnya bertujuan meniup api kebangkitan menentang penjajahan british yang mana menganggap perjuangan menentang british adalah jihad fisabilillah...

sebab itu mayatnya di perlakukan sedemikian rupa...
ini la yg dinamakan pejuang sebebar..
mati syahid ketika menentang british..

**sumber : TranungKite Online
--(ketepatan fakta-fakta ini tak dapat dipastikan)