Akulah Pejuang

Artist : AMy Search
Title : Akulah Pejuang

Bintang-bintang berkerlipan
Indah dipandang
Bagaikan kilauan impian
Dimata seorang pejuang

Walau jauh namunkan tetap kelihatan
meruntun hati semangat seorang pejuang
jiwa meronta tanpa merasa ketakutan
akulah pejuang, pejuang impian

pahit maung, jatuh bangun
ku tetap bertahan
biar berpanas dan berhujan
demikian di harapan

(A)
biarpun jauh namun kau tetap aku genggam
tidak kan meruntun semangat untuk ku terus berjuang
jiwa membara tanpa merasa ketakutan
aku lah pejuang, pejuang impian.......

repeat (A)

Wednesday, August 6, 2008

Sahih Muslim

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w wafat, Sayidina Abu Bakar r.a terus memegang teraju pemerintahan sebagaimana yang diamanahkan oleh baginda s.a.w. Keadaan ini menyebabkan beberapa kelompok masyarakat Arab bertukar kembali menjadi kafir. Sayidina Umar r.a bertanya Sayidina Abu Bakar: Bagaimana kamu akan memerangi manusia sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadat. Sesiapa yang mengucapkannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali apa yang dibenarkan oleh syariat dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya. Abu Bakar menjawab: Demi Allah aku akan memerangi mereka yang membezakan antara sembahyang dan zakat kerana zakat merupakan tuntutan terhadap harta. Demi Allah, andai-kata mereka enggan membayar zakat tersebut sedangkan mereka pernah membayarnya kepada Rasulullah s.a.w, aku tetap akan memerangi mereka

Tuesday, August 5, 2008

Dewan Pemuda PAS Perlis kesal kadar kes rogol di Perlis meningkat

Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) dengan rasa penuh prihatin melahirkan kekesalan di atas peningkatan kadar kes rogol khususnya yang membabitkan gadis bawah umur di negeri ini.

Ini berikutan kenyataan Ketua Polis Perlis, Dato' Ghazali Mohd Amin bahawa kes rogol meningkat sehingga lebih 85 peratus bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini khususnya peningkatan ketara kes rogol bawah umur yang katanya amat membimbangkan.

Tambahan pula, sebahagian besar kes rogol bawah umur dilaporkan dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa iaitu sama ada kekasih, jiran atau saudara mara.

Begitu juga, siasatan mendapati kejadian berlaku atas kerelaan mangsa tetapi apabila berlaku ke atas gadis bawah umur, ia diklasifikasikan sebagai rogol.

Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman melahirkan rasa kesal dan terkejut dengan statistik yang begitu membimbangkan ini apatah lagi ia lebih bersifat perlakuan seks bebas atau perzinaan.

"Laporan menyatakan kebanyakan kes melibatkan kerelaan dan hanya diklasifikasikan sebagai rogol kerana melibatkan gadis bawah umur. Ini amat mengejutkan kita. Kalau dengan kerelaan bukan rogol namanya, tapi zina atau seks bebas. Statistik yang diberikan juga adalah besar bagi negeri Perlis yang kecil ini.

"Kita yakin dalam kebanyakan kes, ia hanya dilaporkan apabila gadis-gadis ini sudah terlanjur. Itu yang berlapor, entah berapa banyak lagi yang tak berlapor atau berapa banyak lagi yang bakal dilaporkan," katanya.

Menurutnya, kejadian sedemikian terjadi akibat kegagalan sistem pendidikan di negara ini untuk memberikan penekanan ke arah pengukuhan iman dan akhlak kepada para pelajar dan golongan remaja.

Selain itu katanya, golongan ini juga didedahkan dengan pelbagai perkara yang merosakkan pemikiran mereka yang mendorong ke arah perlakuan maksiat dan dosa.

"Hari ini penyalahgunaan teknologi seperti komputer, internet dan telefon mudah alih membolehkan pelajar berkongsi menonton gambar atau filem lucah.

"Mereka juga sering didedahkan dengan budaya hedonisme atau hiburan melampau yang turut ditaja oleh pihak kerajaan, pergaulan bebas tanpa batasan dan akhirnya terjebak ke kancah maksiat," katanya.

Ustaz Ya'akub juga melihat peranan ibu bapa juga penting dalam pembentukan peribadi anak-anak khususnya yang memasuki alam remaja.

"Jiwa mereka jika tidak diisi dengan iman, akan mudahlah dipengaruhi dengan pelbagai perkara yang merosakkan. Ibu bapa tak boleh sepenuhnya menyerahkan tugas mendidik anak-anak kepada guru-guru di sekolah sebaliknya mengambil berat apa yang dilakukan anak-anak selepas waktu persekolahan.

"Pendidikan agama di luar sekolah juga perlu ditekankan. Ajar mereka menghadiri kelas pengajian agama di masjid atau surau," ujarnya. Tambahnya, pihak berwajib perlu memperhebatkan peranan dalam memberi penekanan ke arah pembentukan iman, akhlak dan moral golongan remaja di samping mengusahakan kempen berkaitan bahaya hedonisme dan pergaulan bebas.

"Pemuda PAS Perlis bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha membanteras atau membendung gejala sosial serta maksiat di negeri ini," jelasnya. - Bashir Ishak


HarakahDaily.Net

Monday, August 4, 2008

Umno sendiri 'bunuh' Melayu - Dr Syed Azman

PAS tidak akan mengkhianati amanah rakyat dengan bekerjasama menubuhkan kerajaan baru bersama Umno-Barisan Nasional (BN).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, tidak ada pemimpin PAS yang rasional akan menerima pelawaan Umno untuk bergabung menubuhkan kerajaan di peringkat pusat dan negeri.

"Hanya orang yang tidak rasional sahaja boleh menerima pelawaan Umno itu," ujarnya ketika berucap di Kuala Ibai, di sini baru-baru ini yang turut disertai Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Natusion.

Dr. Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok berkata, Selepas pilihan raya umum ke-11 tahun 2004 sehingga menjelang pilihan raya 2008, Setiausaha Agung PAS telah menghantar tiga pucuk surat untuk bermuzakarah dengan Umno atas isu Melayu, Islam dan perkembangan semasa.

"Sementara Dewan Pemuda PAS menghantar tidak kurang dari empat pucuk surat untuk tujuan yang sama tetapi satu pun surat-surat berkenaan tidak dijawab oleh pemimpin-pemimpin Umno,"jelasnya.

Ketika PAS tidak mempunyai banyak kerusi di Parlimen, Terengganu jatuh semula ke tangan BN dan Kerajaan PAS Kelantan tidak kuat, Umno tidak layan pelawaan PAS tersebut.

"Tetapi selepas pemimpin Umno bercakaran sesama sendiri, MIC, Gerakan dan MCA, bercakaran dan berpecah, baru Umno mahu mengajak PAS bermuzakarah kononnya bagi membincangkan soal survival Melayu,"katanya.

Menurut beliau ketika Umno memerintah Terengganu 50 tahun lalu, seramai 18 peratus orang Melayu negeri itu berada di bawah paras kemiskinan sedangkan pemimpin-pemimpin Umno negeri itu hidup senang lenang mengaut kekayaan dari hasil pendapatan negeri termasuk royalti petroleum dan gas.

Ketika itu Umno membunuh Melayu dengan menjadikan bahasa Ingeris sebagai bahasa mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah seluruh negara.

"Umnolah yang membunuh bangsa Melayu sendiri bukan orang lain,"tegasnya

--Suhaimi Taib
--
HarakahDaily.Net

Saturday, August 2, 2008

Penghormatan Tugu Negara : Mufti Perlis gesa PM bertaubat

Azamin Amin

"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan."

Demikian kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang mengulas upacara Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan 31 Julai lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir di Majlis Kalungan Bunga monumen berkenaan.

Abdullah dilaporkan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air dengan diikuti tiupan lagu dan trumpet 'Last Post' serta deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam.

Kata Dr Asri lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.

"Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin dan jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," kata Dr Asri dalam laman web Minda Mufti baru-baru ini.

Tahun lalu dalam isu yang sama, pelbagai pihak turut meyelar tindakan Abdullah yang dilihat membelakangi fatwa ulama dan mufti yang menegah perbuatan memberi penghormatan kepada Tugu Negara.

Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : "Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan." - mks._

sumber:HarakahDaily.Net