Akulah Pejuang

Artist : AMy Search
Title : Akulah Pejuang

Bintang-bintang berkerlipan
Indah dipandang
Bagaikan kilauan impian
Dimata seorang pejuang

Walau jauh namunkan tetap kelihatan
meruntun hati semangat seorang pejuang
jiwa meronta tanpa merasa ketakutan
akulah pejuang, pejuang impian

pahit maung, jatuh bangun
ku tetap bertahan
biar berpanas dan berhujan
demikian di harapan

(A)
biarpun jauh namun kau tetap aku genggam
tidak kan meruntun semangat untuk ku terus berjuang
jiwa membara tanpa merasa ketakutan
aku lah pejuang, pejuang impian.......

repeat (A)

Thursday, July 31, 2008

Mengapa gambar 5 perdana menteri yang ditonjolkan sangat?

Sempena sambutan 51 tahun kemerdekaan Malaysia, maka lima wajah Perdana Menteri dipaparkan di seluruh negara, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi.

Tetapi ketika negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, majalah-majalah Melayu, antaranya Mastika dan Hiboran memaparkan empat tokoh Melayu yang dianggap pejuang kemerdekaan.

Bukan saja dipaparkan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Tanah Melayu dan Dato Onn Jaafar, pengasas Umno tetapi juga Dr Burhanuddin Al-Helmy, ketika itu Yang di-Pertua PAS dan Ahmad Boestamam, Ketua Umum Partai Rakyat Malaya (PRM).

Semua mereka diiktiraf pejuang kemerdekaan Tanah Melayu. Justeru, sempena Hari Kemerdekaan ke-50, gambar-gambar mereka yang patut dipaparkan, dan bukannya lima perdana menteri. Apa yang hendak diraikan dan diperingati ialah perjuangan kemerdekaan hingga tercapainya matlamat itu 50 tahun lalu, dan bukannya pemerintahan lima perdana menteri itu.

Justeru, PAS dalam menyambut hari kemerdekaan ke-50 itu patut memaparkan gambar Dr Burhanuddin sementara Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang mewarisi perjuangan PRM patut memaparkan wajah Ahmad Boestamam. Sementara Umno pula tidak wajar melupakan Dato Onn.

Bagaimanapun, PAS dan PRM sebenarnya mewarisi perjuangan Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), parti politik Melayu pertama di dunia. Ini mengambil kira bahawa parti-parti di Indonesia bukanlah parti Melayu dalam erti kata bangsa Melayu.

Dr Burhanuddin, bapa pejuang kemerdekaan

Lebih-lebih lagi apabila Dr Burhanuddin menjadi Yang Dipertua PKMM pertama. Maka beliau boleh dianggap sebagai bapa perjuangan kemerdekaan Melayu. Kalau Tunku Abdul Rahman dianggap bapa kemerdekaan kerana berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada Britain, tetapi tokoh yang memimpin perjuangan menuntut kemerdekaan ialah Dr Burhanuddin, lama sebelum Tunku dan Dato Onn melakukannya. PKMM pula ditubuhkan pada 1945, setahun sebelum Umno.

Apabila PKMM lumpuh kerana tangkapan pemimpin-pemimpinnya oleh British, vakum politik inilah diisi Umno. Dr Burhanuddin ditahan di bawah ISA sementera Dato Onn dan Tunku tidak diapa-apakan penjajah.

Setelah pemimpin PKMM dibebaskan, maka usaha dibuat untuk menubuhkan parti penggantinya. Maka PRM ditubuhkan. Dua calon dikemukakan untuk memimpin PRM iaitu Dr Burhanuddin dan Ahmad Boestamam.

Boestamam adalah pemimpin sayap pemuda PKMM bernama Angkatan Pemuda Insaf (API). Beliau kemudian membawa API menjadi pertubuhan berasingan daripada PKMM. Boestamam mengambil jalan radikal dan mengeluarkan "Testamen Politik API" yang menggariskan perjaungan menggunakan senjata bagi usaha menuntut kemerdekaan. Beliaulah orang pertama di Tanah Melayu yang melaungkan perjuangan "Merdeka dengan Darah", lebih awal daripada Parti Komunis Malaya (PKM).

Pihak komunis hanya mengangkat senjata setelah diarahkan Comintern yang beroperasi di Moscow. Penentangan bersenjata PKM lebih kepada memenuhi kepentingan Kesatuan Soviet dalam persaingannya dengan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya. Maka mereka bukanlah merdeka sepenuhnya, berbanding PKMM dan API, walaupun PKMM diasaskan Mokhtaruddin Lasso, seorang yang dipercayai anggota Partai Komunis Indoensia (PKI).

Bagaimanapun PKMM dibentuk mengikut model Parti Nasional Indonesia (PNI) pimpinan Sukarno. Dipercayai oleh ahli sejarawan, tujuan penubuhan PKMM oleh pihak PKI adalah untuk menjadikan sebahagian daripada Barisan Bersatu dengan PKM. Maknanya, kalau di Indonesia, terdapat gabungan antara PNI dan PKI, maka di Tanah Melayu, dipandang pembentukan barisan PKM-PKMM.

API diharamkan

Maka API diharamkan, awal sebelum PKM. Pertubuhan itu menjadi parti pertama diharamkan Britain dan Boestamam ditangkap, awal sebelum komunis-komunis ditangkap.

Sebelum itu, API menyertai pakatan yang diketuai PKMM dalam gabungan Pusat Tenaga Rakyat (Putera). Badan-badan Islam lain yang menyertai Putera ialah Hizbul Muslimin dan Majlis Tertinggi Agama Islam (MATA). Ia menolak gagasan Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union dan masih berbentuk entiti naungan di bawah penjajah. Justeru Putera menuntut kemerdekaan penuh Tanah Melayu, awal sebelum Umno.

Dengan memimpin Putera, Dr Burhanuddin wajar dihargai sebagai bapa perjuangan kemerdekaan. Ketika Dato Onn menggemblengkan persatuan-persatuan Melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946, PKMM turut serta. Dato Onn belum lagi menyebut tentang kemerdekaan. Ia hanya mahu mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu ke atas negeri-negeri Melayu.

Mulanya PKMM tidak menyokong usaha Dato' Onn kerana disifatkan sebagai gerakan reaksioner yang mahu mengekalkan feudalisme dan tidak progresif. Pada awalnya PKMM menyokong Malayan Union yang disangka sebagai langkah progresif untuk membawa Tanah Melayu menjadi negara demokratik, dengan tapak awal bagi mencapai kemerdekaan. Tetapi apabila terbukti Britain mahu menjadikan Malayan sebagai koloni kekalnya, PKMM menyertai Umno.

Umno hanya laung Hidup Melayu! bukan Merdeka!

Dalam Umno, PKMM menjadi satu-satunya parti politik, dan ia merupakan parti politik terbesar Melayu ketika itu. Apabila melihat Umno melaungkan "Hidup Melayu!" dan bukannya "Merdeka!" sementara perjuangan Dato Onn dalam membentuk Persekutuan Tanah Melayu bukannya kemerdekaan penuh, maka PKMM mengambil keputusan keluar Umno.

Pertikaian rasmi adalah mengenai bendera. PKMM mencadangkan bendera Sang Saka merah-putih sama seperti di Indonesia sebagai bendera Umno untuk melambangkan perjuangan kemerdekaan umat Melayu Nusantara. Tetapi Umno walaupun memilih juga merah putih mahukan ditampal dengan warna kuning dan keris hijau. Bagi PKMM tampalan kuning dan keris itu melambangkan feudalisme dan reaksioner, berbentuk tradisional; sedangkan mereka mahukan pertubuhan yang progresif. Ada dua lagi pertubuhan Melayu dalam Umno yang memihak kepada PKMM.

Akhirnya sejarah menunjukkan semua tiga parti utama Melayu menggunakan merah putih sebagai latar bendera mereka. Umno dengan Sang Saka Bangsanya, PRM dengan lambang banteng di tengah-tengah merah putih. Lambang sama turut digunakan Partai Rakyat Singapura (PRS) dan Partai Rakyat Brunei (PRB). Banteng atau kerbau jantan adalah lambang rakyat marhaen. Ia juga lambang PNI dan kini menjadi lambang Partai Demokrasi Indonesia (PDI) pimpinan Megawati Sukarnoputri.

PAS juga mempunyai bendera merah putih dengan bulan purnama berwarna hijau di penjurunya.

Apabila berlaku krisisi antara Dato Onn dan ahli-ahli Umno yang mana beliau mahu membuka parti itu kepada bukan Melayu, Badan Ulama Umno memihak kepada Datuk Onn. Kerana tidak bersetuju dengan Umno, sayap ulama Umno ini keluar parti dan menjadikannya Persatuan Islam Seluruh Tanah Melayu. Ia kemudian menjadi PAS. Sehingga hari ini Umno tidak memiliki sayap ulama.

Setelah krisis dengan Dato Onn berakhir, pemimpinnya kembali kepada Umno dan PAS ketiadaan pemimpin. Dalam keadaan tiada pemimpin ini, Dr Burhanuddin diundang menjadi Yang Dipertua PAS. Antara PAS dan PRM, Burhanuddin memilih PAS selepas rundingan dengan Boestamam yang kemudian mengetuai PRM. Boestamam mengisytiharkan PRM dan PAS terus menjadi sekutu selagi kedua-duanya bersikap progresif. Sepanjang kepimpinan Dr Burhanuddin dan Boestamam, kedua-dua parti adalah sekutu.

Hanya semasa PAS di bawah Dato' Asri dan PRM menjadi Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) pimpinan Kassim Ahmad kedua-dua parti tidak sama pandang. PAS dilihat menjadi parti konservatif sementara PSRM dipandang parti sekular kiri. Apabila Tun Razak mempelawa menyertai BN, hanya PAS menerimanya.

Bagaimanapun hubungan PAS dan PRM menjadi lebih baik apabila PAS keluar BN. Ketika berdepan dengan Dr Mahathir, PAS bersekutu dengan PRM, baik dalam Harakah Keadilan Rakyat (HAK) pada 1986, mahupun dalam Angkatan Perpaduan Ummah � Gagasan Rakyat pada tahun 1990 dan Barisan Alternatif pada 1999.

Dengan Dr Burhanuddin memimpin PAS, maka bekas pejuang Hizbul Muslimin, MATA dan PKMM yang cenderung kepada agama menyertai PAS. Maka PAS menjadi besar dan pewaris kepada PKMM. Sementara mereka yang cenderung kepada sekular kiri menyertai PRM.

PRM mempunyai gagasan negara yang luas dan progresif. Fahamannya bukan saja terhad di Tanah Melayu tetapi turut tersebar di tanah-tanah jajahan Britain di Asia Tenggara yang lain, iaitu Singapura dan Brunei. Di Singapura, PRS dipimpin Said Zahari, bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu. Di Brunei, PRB diketuai Azahari. PRB mempunyai cita-cita menyatukan Sarawak , Brunei dan Sabah dalam satu entiti bernama Kalimantan Utara. Lalu dicadangkan penubuhan Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU).

negara Islam progresif

Sememangnya Sukarno melihat Kalimantan Utara ini sebagai wilayah yang boleh menjadi sebahagian Indonesia. Tetapi gagasan Malaysia yang tidak disebut namanya sedemikian berada dalam cita-cita PRM-PRS-PRB. Ia juga kesinambungan cita-cita asal PKMM dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang mahu menyatukan semua negeri-negeri Melayu.

PAS di bawah Dr Burhanuddin merupakan lanjutan perjuangan menegakkan negara Islam yang progresif di rantau ini. Bagi penyokong-penyokongnya, perjuangan PAS merupakan lanjutan perjuangan ulama terdahulu di Nusantara. Parti politik pertama di Nusantara ialah Sarekat Islam (SI) yang ditubuhkan di tanah jajahan Belanda di Hindia Timur Belanda.

Sarekat Islam ini berpecah dua, iaitu Sarekat Islam Merah dan Sarekat Islam Putih. Yang merah inilah menjadi PKI. Sementara yang putih atau hijau menjadi Majlis Syura Muslimin Indoneisa (Masyumi). Daripada fahaman politik kenegaraan islam yang dipupuk Masyumi ini mempengaruhi Hizbul Muslimin Perak, MATA dan PKMM sendiri. Ia dijelmakan oleh Dr Burhanuddin ke dalam PAS. Sesungguhnya beliau bukan saja bapa perjuangan Islam Malaya tetapi juga bapa perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. _


No comments: